Catatan

FEATURED

MINGGU BAHASA MELAYU MBR 2025

Imej
  Minggu Bahasa Melayu MBR 2025: Indahnya Bahasa, Santunnya Budi Madrasah Baitur Rahmah, Kuala Lumpur sekali lagi mengorak langkah memartabatkan bahasa ibunda menerusi penganjuran Minggu Bahasa Melayu bagi tahun 2025 yang berlangsung dari 19 hingga 30 Mei. Bertemakan “Indahnya Bahasa, Santunnya Budi”, program ini menggabungkan elemen ilmu, bakat, dan adab sebagai asas kecemerlangan pelajar dalam penguasaan bahasa Melayu. Program tahunan ini memberi penekanan kepada penghayatan bahasa sebagai medium komunikasi yang mencerminkan kehalusan budi pekerti dan jati diri pelajar. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan meliputi kategori Ibtidaie dan Sanawi seperti pidato, debat, dialog, bercerita, seloka, mengeja, penulisan esei serta aktiviti kreatif seperti mewarna dan teka silang kata. Melalui penglibatan aktif para pelajar dan guru, Minggu Bahasa Melayu ...

MAJLIS JAMUAN PASCARAYA SANAWI 1446H

Imej
  Pada 16 Mei 2025 yang lalu, Madrasah Baitur Rahmah (MBR) telah menganjurkan satu program istimewa yang dinamakan * Majlis Jamuan Pascaraya Sanawi 1446H *. Program ini diadakan bagi meraikan para pelajar Sanawi sempena sambutan Aidilfitri, walaupun bulan Syawal telah berlalu. Justeru itu, dinamakan "pascaraya", melambangkan sambutan raya peringkat sekolah yang tertangguh, namun tetap disambut dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan. Selain itu, majlis ini turut bertujuan mengeratkan hubungan antara pelajar dan guru di MBR. Ia menjadi medan untuk mencipta kenangan manis bersama serta memperkukuh ikatan ukhuwah sesama warga madrasah dalam suasana santai dan mesra. Istimewanya, pelajar dan guru berpeluang menikmati juadah yang berlainan daripada kebiasaan. Hidangan utama yang sedap lagi lazat telah disediakan oleh pihak "Dua Dapur Budak (2BD)", hasil sumbangan yang dikumpulkan daripada para ibubapa. Di samping itu, terdapat juga pelbagai juadah potluck yang dibawa ole...

INFAQ IHYA' RAMADAN MBR 1446H

Imej
  🕌 Ihya’ Ramadan 1446H: Peluang Menyumbang & Meraih Pahala Berterusan بسم الله الرحمن الرحيم Ramadan kembali menjelang, membawa bersamanya limpahan rahmat dan keberkatan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Madrasah Baitur Rahmah dengan kerjasama Surau Al-Hidayah menganjurkan Program Ihya’ Ramadan 1446H  bagi menghidupkan malam-malam Ramadan bersama para pelajar tahfiz. --- 🎯Objektif Program ✔ Menyemarakkan suasana ibadah sepanjang Ramadan; ✔ Memberi peluang kepada pelajar mendalami ilmu dan menghidupkan malam dengan Qiyamulail; ✔ Menyediakan keperluan harian seperti berbuka, moreh dan sahur. --- 💰Keperluan Tajaan Harian Komponen           Kos Sehari ...